Monday, July 26, 2010

FADHILAT SYAABAN

salam kwn2 alam maya ku..
ari ni ari isnin..
ye..monday blues..hehe
2ari cuti cm xckup kn..time ni la nk luangkan masa utk family tercinta..
dh dh..sume org pon tau tu..
hope weekend korang bes k..
arini sy nk kongsikan cket tentang fadhilat bulan syaaban..
so,check it out..

Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Antara amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban dan digalakkan adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat 
 
2. Bertaubat dan beristighfar
- ini boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita mesti takkan terlepas dari   melakukan dosa. sebenar-benar taubat ialah taubat nasuha.

3. Memperbanyakkan zikir dan berdoa
- zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah. Ini kerana dengan sikir ia dapat mententeramkan hati manusia.

4. Malam nisfu syaaban ( 15 Syaaban )
- kelebihan malam ini telah disebutkan dalam hadis yang dimaksudkan " Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya diaman mereka diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. "
- kita boleh menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran .

Kesimpulannya, amalan yang berterusan akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan suci. 



p.s : jika saya ada membuat kesalahan atau apa-apa yang sewaktu dengannya kepada anda-anda semua, harap dimaafkan..coretan di blog ni semata-mata untuk coretan diari saya..jika ada sesiapa yang tak suke utk follow, saya xpaksa..ok..biaselah..ada org yang suke n xsuke..itu lumrah alam..walau apapun,hadapi dengan senyuman..;-)